WEBKAMPUNG 1MALAYSIA

Login | Signup

Projek Web Kampung

Memperkenalkan Projek Web Kampung

Projek Web Kampung -- Jalinan masyarakat kampung di Malaysia untuk memastikan ketelusan maklumat dua hala antara rakyat dan pemimpin.

Projek Web Kampung berhasrat menyerap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ke dalam kehidupan seharian warga kampung—secara tidak langsung ia akan membuka peluang perdagangan yang akan memperkukuh tahap ekonomi negeri dan mengurangkan ketidaksamaan dalam pertumbuhan ekonomi.

Kaedahnya bermula di sini: Kampung-kampung disarankan untuk membuka halaman Facebook masing-masing seperti halaman Web Kampung. Laman Facebook kampung itu nanti boleh diperkayakan dengan pelbagai aplikasi yang berfaedah.

Projek Web Kampung menyediakan satu aplikasi bernama NANI untuk memudahkan warga kampung berkomunikasi, diantaranya untuk menyebarkan notis gotong-royong, kenduri, rapat-umum dan lain-lain. Warga kampung juga boleh membuat aduan berkaitan dengan kampung mereka. Selain itu warga kampung juga boleh berurus niaga sesama mereka.

"Media sosial adalah wahana dan kaedah paling utama yang sepatutnya kita pakai untuk menyampaikan maklumat dan respon rakyat kepada kerajaan..." - YAB Dato' Seri Najib Tun Razak @ Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di PWTC Nov 2011.